October 18, 2006

Malapetaka

Negeri Mambang di Awan adalah negeri yang tidak berpenghuni.Rumah-rumah usang dan berlumut di tepi-tepi jalan seolah-olah sudah lama ditinggalkan orang. Tiada langsung tanda-tanda kehidupan di situ. Hanya jelas kelihatan adalah kabus-kabus yang tebal yang menghalang sinaran matahari untuk simbah menyinari bumi.

“Mengapa negeri ini tiada berpenghuni?” Nadim bertanya pada hatinya.

Andika Utama mengeluarkan sesuatu dari uncang merahnya. Kelihatan sekeping kertas yang penuh dengan lakaran di atasnya. Diamatinya betul-betul kertas itu.

“Hamba rasa kita sudah sampai ke tempat diamnya Naga Sakti. Wahai sahabatku Bentara perlahankanlah langkahmu agar kita tidak tersalah langkah,”

Bentara mula memperlahankan langkahnya. Kabus-kabus semakin menebal apabila mereka terus maju kehadapan Terlalu sukar bagi mereka untuk melihat apa yang berada di hadapan. Walaupun perasaan takut mula menyelubungi mereka namun mereka masih terus mara ke hadapan

Tiba-tiba kabus mulai hilang dari pandangan mereka.

“Berhenti wahai Bentara,berhenti!” jerit Andika Utama

Bentera terus mematikan langkahnya. Andika terus memegang tangan Nadim lalu dilontarnya ke tanah dan terus melompat dari belakang Bentara. Kemudian dengan menggunakan segala kekuatannya Andika menarik Bentara ke belakang.

“ Wahai Andika apakah maksud semua ini?” Nadim terus bangun sambil membersihkan debu debu di badannya. Dia mulai mendekati Andika yang hanya berdiri sambil wajahnya sedang memandang sesuatu. Nadim mula merasakan angin bertiup kencang dari arah yang tidak diketahuinya.

“ Berhati-hati wahai sahabatku dengan langkahmu.Tuan Hamba sekarang sedang berdiri di tepi tebing Kawah Puaka tempat diamnya Naga Sakti”

Langkah Nadim terus terhenti apabila dia mendapati dia sedang berdiri di tepi tebing yang tinggi. Jantungnya berdegup kencang apabila mengenangkan nasib mereka jika Andika Utama tidak bertindak pantas menyelamatkan mereka dari terjatuh dari tebing itu.Jika mereka maju selangkah lagi nescaya hidup mereka akan berakhir di dasar tebing itu.

“ Wahai Nadim, apa yang tuan hamba lihat sekarang ini adalah bekas kawah gunung berapi yang telah mengorbankan banyak nyawa penduduk negeri ini satu ketika dahulu. Bagi kebanyakan orang negeri ini sudah tidak wujud lagi kerana mereka percaya malapetaka itu tidak membiarkan seorang pun hidup di negeri ini. Dikatakan selama tujuh hari tujuh malam negeri ini di hujani batu-batu berapi dari ledakan gunung berapi ini.

“Wahai Andika mengapa penduduk di sini ditimpa malapetaka sebegitu rupa?”

“Wahai sahabatku Nadim, di dalam dunia ini tiada siksaan yang begitu berat diberikan kepada sesiapa melainkan kepada sesiapa yang menderhaka kepada ibunya sendiri,”

“Wahai Andika, hamba tidak mengerti kata-katamu itu,”

“Naga Sakti yang mendiami kawasan ini sebenarnya seorang raja yang memerintah negeri ini. Dia dahulu merupakan salah seorang waris Kitab Nilam Sari yang termasyhur satu ketika dahulu. Namun disebabkan tamakkan pangkat dan kuasa, kitab itu telah menjerumusnya ke dalam kesesatan,”

“Wahai Andika apakah dosa yang begitu berat dilakukan oleh raja itu sehinggakan semua penduduk disini diazab sebegini rupa,”

“Kerana tamak haloba dia telah membunuh 1000 orang demi melengkapkan ilmu sihirnya sepertimana yang tertulis di dalam kitab Nilam Sari yang dimilikinya. Dan orang yang terakhir dibunuhnya adalah ibunya sendiri. Namun akibat perbuatannya itu dia telah disumpah menjadi Naga Sakti,”

“ Wahai Andika, sesungguhnya aku mendapati kitab Nilam Sari itu tidak lain hanya menyesatkan manusia yang memilikinya,”

“Benar wahai Nadim, sepertimana kata ayahandaku kitab itu memberi petunjuk kepada sesiapa yang benar dan menyesatkan sesiapa yang mahu menggunakannya di jalan yang salah.Kerana itulah ayahandaku tidak mahu menerima kitab itu kerana dia tahu kitab itu hanya boleh dipegang oleh orang yang benar benar ikhlas hatinya,”

Andika mula merenung langit yang kelam sambil menarik nafas panjang. Kemudian dia berundur ke belakang dan terus mencapai pedang Samuderanya. Dengan pedang yang tergenggam erat di tangannya dia mara ke hadapan dan terus merenung jauh ke dasar tebing itu yang gelap itu.

“ Wahai Nadim, jikalau ditakdirkan ajal hamba disini, hamba pinta tuan hamba sampaikan salam kepada kedua ibubapa hamba, katakan kepada mereka,yang hamba memohon maaf atas segala kesalahan hamba selama ini kepada mereka,”

“ Wahai penghuni kawah Puaka, keluarlah dikau menemui lawanmu yang tak pernah surut dendam di dada,”

Andika terus melompat dari tepi tebing itu itu dan terus hilang dalam kegelapan dasar kawah itu.

“Andika jangan!” Nadim cuba menghalang Andika namun dia sudah terlambat

Tiba-tiba Nadim terdengar bunyi dentumam yang kuat dari dasar tebing itu.Kemudian dia melihat seorang manusia yang bersayap sedang terbang dari dari dasar tebing itu dan terus terbang ke tengah tengah kawah itu. Nadim terkejut kerana mendapati manusia itu adalah Andika.

“ Nadim! Cepat beredar dari situ, jangan berdiri disitu lagi,” Andika menjerit dengan sekuat hati kepada Nadim

Tiba-tiba Nadim merasakan bumi tempat kakinya berpijak bergegar.Jauh di dalam kegelapan dasar tebing itu, dia melihat sepasang mata yang merah menyala sedang menuju ke arahnya dengan kelajuan yang menakutkan. Nadim cuba lari namun badan bagai dipukau oleh makhluk itu. Dia melihat makhluk seperti ular itu terus menerobos angkasa membawa bersamanya angin yang kencang.

Naga Sakti kini betul betul berada di hadapannya berlingkar-lingkar di udara.

October 18, 2006

Malapetaka

 

 

Negeri Mambang di Awan adalah negeri yang tidak berpenghuni.Rumah-rumah usang dan berlumut di tepi-tepi jalan seolah-olah sudah lama ditinggalkan orang. Tiada langsung tanda-tanda kehidupan di situ. Hanya jelas kelihatan adalah kabus-kabus yang tebal yang menghalang sinaran matahari untuk simbah menyinari bumi.

 

 

“Mengapa negeri ini tiada berpenghuni?” Nadim bertanya pada hatinya.

 

 

Andika Utama mengeluarkan sesuatu dari uncang merahnya. Kelihatan sekeping kertas yang penuh dengan lakaran di atasnya. Diamatinya betul-betul kertas itu.

 

 

“Hamba rasa kita sudah sampai ke tempat diamnya Naga Sakti. Wahai sahabatku Bentara perlahankanlah langkahmu agar kita tidak tersalah langkah,”

 

 

Bentara mula memperlahankan langkahnya. Kabus-kabus semakin menebal apabila mereka terus maju kehadapan Terlalu sukar bagi mereka untuk melihat apa yang berada di hadapan. Walaupun perasaan takut mula menyelubungi mereka namun mereka masih terus mara ke hadapan

 

 

Tiba-tiba kabus mulai hilang dari pandangan mereka.

 

 

“Berhenti wahai Bentara,berhenti!” jerit Andika Utama

 

 

Bentera terus mematikan langkahnya. Andika terus memegang tangan Nadim lalu dilontarnya ke tanah dan terus melompat dari belakang Bentara. Kemudian dengan menggunakan segala kekuatannya Andika menarik Bentara ke belakang.

 

 

“ Wahai Andika apakah maksud semua ini?” Nadim terus bangun sambil membersihkan debu debu di badannya. Dia mulai mendekati Andika yang hanya berdiri sambil wajahnya sedang memandang sesuatu. Nadim mula merasakan angin bertiup kencang dari arah yang tidak diketahuinya.

 

“ Berhati-hati wahai sahabatku dengan langkahmu.Tuan Hamba sekarang sedang berdiri di tepi tebing Kawah Puaka tempat diamnya Naga Sakti”

 

 

Langkah Nadim terus terhenti apabila dia mendapati dia sedang berdiri di tepi tebing yang tinggi. Jantungnya berdegup kencang apabila mengenangkan nasib mereka jika Andika Utama tidak bertindak pantas menyelamatkan mereka dari terjatuh dari tebing itu.Jika mereka maju selangkah lagi nescaya hidup mereka akan berakhir di dasar tebing itu.

 

 

“ Wahai Nadim, apa yang tuan hamba lihat sekarang ini adalah bekas kawah gunung berapi yang telah mengorbankan banyak nyawa penduduk negeri ini satu ketika dahulu. Bagi kebanyakan orang negeri ini sudah tidak wujud lagi kerana mereka percaya malapetaka itu tidak membiarkan seorang pun hidup di negeri ini. Dikatakan selama tujuh hari tujuh malam negeri ini di hujani batu-batu berapi dari ledakan gunung berapi ini.

 

 

“Wahai Andika mengapa penduduk di sini ditimpa malapetaka sebegitu rupa?”

 

 

“Wahai sahabatku Nadim, di dalam dunia ini tiada siksaan yang begitu berat diberikan kepada sesiapa melainkan kepada sesiapa yang menderhaka kepada ibunya sendiri,”

 

 

“Wahai Andika, hamba tidak mengerti kata-katamu itu,”

 

 

“Naga Sakti yang mendiami kawasan ini sebenarnya seorang raja yang memerintah negeri ini. Dia dahulu merupakan salah seorang waris Kitab Nilam Sari yang termasyhur satu ketika dahulu. Namun disebabkan tamakkan pangkat dan kuasa, kitab itu telah menjerumusnya ke dalam kesesatan,”

 

 

“Wahai Andika apakah dosa yang begitu berat dilakukan oleh raja itu sehinggakan semua penduduk disini diazab sebegini rupa,”

 

 

“Kerana tamak haloba dia telah membunuh 1000 orang demi melengkapkan ilmu sihirnya sepertimana yang tertulis di dalam kitab Nilam Sari yang dimilikinya. Dan orang yang terakhir dibunuhnya adalah ibunya sendiri. Namun akibat perbuatannya itu dia telah disumpah menjadi Naga Sakti,”

 

 

“ Wahai Andika, sesungguhnya aku mendapati kitab Nilam Sari itu tidak lain hanya menyesatkan manusia yang memilikinya,”

 

 

“Benar wahai Nadim, sepertimana kata ayahandaku kitab itu memberi petunjuk kepada sesiapa yang benar dan menyesatkan sesiapa yang mahu menggunakannya di jalan yang salah.Kerana itulah ayahandaku tidak mahu menerima kitab itu kerana dia tahu kitab itu hanya boleh dipegang oleh orang yang benar benar ikhlas hatinya,”

 

 

Andika mula merenung langit yang kelam sambil menarik nafas panjang. Kemudian dia berundur ke belakang dan terus mencapai pedang Samuderanya. Dengan pedang yang tergenggam erat di tangannya dia mara ke hadapan dan terus merenung jauh ke dasar tebing itu yang gelap itu.

 

 

“ Wahai Nadim, jikalau ditakdirkan ajal hamba disini, hamba pinta tuan hamba sampaikan salam kepada kedua ibubapa hamba, katakan kepada mereka,yang hamba memohon maaf atas segala kesalahan hamba selama ini kepada mereka,”

 

 

“ Wahai penghuni kawah Puaka, keluarlah dikau menemui lawanmu yang tak pernah surut dendam di dada,”

 

 

Andika terus melompat dari tepi tebing itu itu dan terus hilang dalam kegelapan dasar kawah itu.

 

 

“Andika jangan!” Nadim cuba menghalang Andika namun dia sudah terlambat

 

 

Tiba-tiba Nadim terdengar bunyi dentumam yang kuat dari dasar tebing itu.Kemudian dia melihat seorang manusia yang bersayap sedang terbang dari dari dasar tebing itu dan terus terbang ke tengah tengah kawah itu. Nadim terkejut kerana mendapati manusia itu adalah Andika.

 

 

“ Nadim! Cepat beredar dari situ, jangan berdiri disitu lagi,” Andika menjerit dengan sekuat hati kepada Nadim

 

 

Tiba-tiba Nadim merasakan bumi tempat kakinya berpijak bergegar.Jauh di dalam kegelapan dasar tebing itu, dia melihat sepasang mata yang merah menyala sedang menuju ke arahnya dengan kelajuan yang menakutkan. Nadim cuba lari namun badan bagai dipukau oleh makhluk itu. Dia melihat makhluk seperti ular itu terus menerobos angkasa membawa bersamanya angin yang kencang.

 

 

Naga Sakti kini betul betul berada di hadapannya berlingkar-lingkar di udara.

Chapter 8

October 18, 2006

Pedang Yang tiada Taranya

Mereka mula mengelilingi Nadim dan Andika Utama. Kegerunan jelas kelihatan di wajah Nadim yang tidak dapat mempercayai apa yang dilihat oleh matanya. Mereka bergerak tanpa menjejakkan kaki di tanah!

Andika Utama memulakan langkahnya. Pedang yang tergenggam ditangannya ditusuknya ke dasar sungai lalu terhamburlah sesuatu darinya.

Ia adalah selonggok tulang belulang yang lama.

Andika Utama menguis tulang itu lalu dilontarkan ke udara. Lalu dengan sekali libasan, tulang tulang itu bersepai menjadi serpihan-serpihan kecil

” Wahai penunggu-penunggu hitam, aku harap pedang Samudera ini mengingatkan kamu kepadaku Laksamana petala 7 yang pernah menewaskan askar-askarmu suatu ketika dahulu disini. Jika ada diantaramu yang mahu menemui ajalmu seperti tulang-tulang ini, majulah kehadapan agar dapat kita membuat perhitungan sekarang jua,”

Makhluk yang berpakaianan serba gelap itu mula mengundurkan diri lalu hilang dalam kegelapan hutan.

Nadim yang masih lagi gugup dengan kehadiran mereka mula menarik nafas lega. Dia tidak mampu membicarakan kata-kata.

Kebimbangan jelas kelihatan diraut wajah Andika Utama.

” Wahai saudaraku Nadim, hamba rasa kita harus bertolak sekarang sebelum mereka kembali semula dengan bilangan yang lebih ramai. Hamba khuatir kita terpaksa bertempur dengan mereka dan itu bukan tujuan utama kita datang ke sini,”

” Wahai Andika, siapakah mereka itu dan kenapa mereka seakan-akan mahu menyerang kita?”

” Mereka itu adalah penunggu hitam yang selalu menceroboh negeri Pandan Sejati. Ketika hamba berumur belasan tahun, hamba diarahkan untuk menjaga sempadan negeri ini. Dan disini pernah terjadi pertempuran yang hebat antara askarku dan askar penunggu hitam. Ketika itu askarku berjaya mengatasi mereka dan sejak hari itu mereka tidak lagi mengganggu negeri ini. Cuma..”

” Cuma apa wahai Andika,”

“Setelah mendengar berita dari ayahandaku bahawa mereka sekarang menghantar penceroboh masuk ke Maktaba Ansara untuk mencuri Wasiat Nilam Sari, hamba mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena…dan kejadian tadi pun sepatutnya jarang berlaku di sini,”

” Wahai Andika apakah gerangan yang berlaku sebenarnya,”

“Hamba juga tidak mengetahui hal sebenarnya..cuma apa yang hamba pasti apa yang berada di tangan tuan hamba itu pasti sesuatu yang berharga. Mungkin kerana itulah makhluk makhluk ini dikerah untuk mendapatkannya. Wahai saudaraku pesanku agar tuan hamba jagalah ia dengan sebaiknya

Andika mula mendekati Bentara seraya berkata, ” Wahai sahabatku, gunalah pohon pohon di hutan ini sebagai jalan ke negeri mambang diawan. Aku khuatir kita akan terserempak dengan makhluk makhluk yang melata dimuka bumi ,”

Seakan mengerti dengan kata kata itu, Bentara merendahkan badannya

” Ayuh Nadim kita teruskan perjalanan,” Andika yang sudah berada di belakang Bentara menghulurkan tangannya kepada Nadim

Nadim menyambut tangan Andika. Bentara bangun dan mula berlari laju ke pohon berhampiran dan terus melompat dari pohon ke pohon yang lain menuju ke negeri mambang di awan.

“Ayahadanda aku akan bertemu dengan Naga Sakti. Doakan keselamatanku” bisik Nadim didalam hatinya

Chapter 7

October 18, 2006

Bentara

” Wahai suamiku, adakah Puspa akan memaafkan kita,”

Tuan Yang Terutama hanya mampu membisu sambil melihat Bentara yang membawa Nadim dan Andika Putera hilang dari pandangan. Namun dia berharap agar mereka akan pulang dengan selamat. Dipeluknya erat erat Cempaka tanda kasih seorang datuk kepada cucunya

Ampunkan ayahanda Puspa ampunkan ayahandamu ini, namum ayahanda pasti firasat suhuf Muazam itu benar bahawa kau akan diselamatkan oleh pengembara legenda

Nadim terus menutupkan matanya. Takut bercampur gerun. Itulah perasaan yang mampu digambarkan oleh Nadim ketika ini. Dia masih tidak percaya yang dia sedang berada di atas seekor harimau gergasi yang sedang bergerak lincah menelusuri pohon-pohon jalan di tepi sungai Nadi.

” Wahai sahabatku Nadim tak perlulah tuan hamba takut, Bentara ini adalah rakan permainan ku semasa kecil lagi. Nah lihat di sana itulah jeram Indah Bulan. Di situlah tempat hamba dulu bermain dengan Bentara,” kata Andika Utama yang cuba memyakinkan Nadim dengan kata-katanya.

Nadim cuba menguatkan semangatnya yang hampir goyah itu.Perlahan-lahan Nadim membuka matanya. Tiba-tiba dia dapati mereka sekarang sedang menelusuri kawasan jeram yang cukup cantik sekali. Air yang lalu dicelahan batu batu jeram itu memantulkan warna-warna yang cukup indah, seolah-olah ada pesta cahaya sedang berlangsung di situ. Berlatarbelakang air terjun dan tebing curam suasana ini mampu memukau sesiapa sahaja yang datang ke situ.

Bentara terus memperlahankan langkah untuk menghirup air disitu.

” Wahai Andika Utama, bolehkah hamba bertanya sesuatu,”

“Wahai Nadim, katakanlah apa kemusyikalanmu,”

“Siapakah Puspa yang tuan hamba dan ayah tuan hamba selalu sebutkan tempoh hari dan apa kaitannya dengan Naga Sakti,”

Andika Utama hanya mendiamkan diri. Dia cuba mengalihkan pandanganya ke angkasa.Tiba-tiba dia menghunuskan pedang yang tersemat di belakangnya lalu di acah acahkan ke udara. Berhulukan kayu yang berwarna merah pedang itu tampak hebat di tangan panglima bertubuh sasa seperti Andika Utama.

“Pedang ini wahai sahabatku… pernah bersua muka dengan Naga Sakti satu ketika dahulu. Ketika itu hamba cuba menyelamatkan Puspa, kekanda hamba dari diculik oleh Naga sakti. Namun hamba tidak terdaya melawan kesaktian Naga Sakti malah hamba hampir terbunuh dalam pertempuran itu,” ujar Andika

“Mengapa pula Puspa diculik oleh si Naga durjana itu,” Nadim cuba mendapatkan penjelasan lanjut.

” Wahai sahabatku…adalah menjadi adat di kampung Senja Lama untuk mengorbankan seorang wanita bagi mengelak dari bencana angkara Si Naga Sakti itu yang selalu membuat onar di laut dan di daratan. Dan semua ini adalah berdasarkan undian. Kalau untung sabut timbullah kalau untung batu tenggelamlah ia.Dan ditakdirkan semasa hamba berumur muda remaja, undian itu jatuh pada nama kekandaku Puspa. Walaupun Puspa itu anak kepada Tuan Yang Terutama, namun disebabkan atas nama keadilan ayahandaku terpaksa mengikut adat ini kerana tidak mahu dipandang serong oleh anak buahnya,”

“Wahai Andika setahu patik adat itu sudah lama dimansuhkan,”

” Ya benar wahai Nadim, ia dimansuhkan selepas kekandaku diculik Naga Sakti. Ini kerana semenjak hari itu tiada lagi terdengar khabar bahawa Naga Sakti menyerang negeri ini,”

” Benarkah semua ini,”

” Ya dan patik ada mendengar dari Tok Kelana bahawa Puspa masih lagi hidup dalam kurungan Naga Sakti di negeri Mambang di awan.Hamba pun masih tidak mengerti mengapa kekanda ku masih lagi dikurung dan kenapa tiada lagi serangan Naga Sakti selepas itu. Walaubagaimana pun berita-beritu ini itulah yang mendorong hamba untuk menuntut ilmu dengan lebih mendalam agar dapat hamba menyelamatkan kekanda dari Naga Sakti itu….wahai Nadim mengapa muka mu pucat lesu..apa yang terjadi,?

Nadim kelu. Kata kata Andika seolah-olah tidak kedengaran baginya.Apa yang termampu hanyalah menudingkan jarinya ke sesuatu

Sekumpulan manusia berjubah hitam berdiri di atas batu batu jeram merenung tepat ke arah mereka.

Chapter 6

October 18, 2006

Laksamana petala sepuluh

“Wahai Tuan Yang Terutama, bolehkah hamba bertanya, hamba perasaan seolah-olah ada bayang burung yang cukup besar baru melintas bumbung rumah ini, apakah gerangan burung sebesar itu?” Nadim cuba mengikut langkah Tuan Yang Terutama yang semakin lama semakin laju.

” Wahai Nadim, itulah bayang burung Rajawali raja segala burung. Kerana besarnya burung itu, ia digunakan oleh pemiliknya untuk bergerak di awangan. Ia merupakan binatang peliharaan sahabatku Tok Kelana yang tinggal di negeri Melawati dimana anakku Andika Utama menuntut ilmu.

“Maksud Tuan Yang Terutama, laksamana petala sepuluh Andika Utama itu anak Tuan?”

” Ya benar, ayuh segeralah wahai Nadim kita ke gelanggang utama, kita perlu lekas bertemu dengannya,”

Gelanggang utama yang kebiasaannya dijadikan tempat berlatih seni persilatan kini mula dipenuhi dengan hulubalang hulubalang yang takjub dengan apa yang sedang berlaku di tengah gelanggang itu. Kelihatan seorang pemuda sedang mengusap-ngusap seekor burung raksasa yang mengibar-mengibarkan sayapnya yang cukup menakjubkan. Walaupun ramai yang kagum namum tiada sesiapa pun yang berani untuk pergi melihat dengan lebih dekat lagi.

“Wahai Rajawali, daku ucapkan terima kasih kerana sudi menerbangkan aku ke mari. Sampaikan salamku kepada Tok Kelana sesampainya kau di tempat asalmu. Aku doakan kau perjalanan yang selamat,” pemuda itu membisikan sesuatu pada burung itu. Seakan mengerti dengan kata kata pemuda itu burung itu pun mengibarkan sayapnya dan terbang menerobos langit biru.

” Akhirnya Andika Utama pulang jua, sudah 1000 purnama dia tiada di sini semenjak pertaruhannya dengan Naga Sakti di muara Sungai Nadi,” bisik salah satu hulubalang kepada rakannya.

” Ya benar, hamba rasa dia masih lagi berasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan kekandanya Puspa dari di culik oleh Naga Sakti. Mungkin itulah yang mendorongnya untuk menuntut lebih banyak ilmu,” jawab rakan nya yang lain.

Andika Utama terus mencium tangan Tuan Yang Terutama. Sudah terlalu lama mereka tidak bersua muka.

” Wahai anakandaku Andika, mujurlah kau selamat sampai, berat hati ayahanda untuk mengganggumu dalam menuntut ilmu namun ayahanda terpaksa berbuat sedemikian,”

” Wahai ayahandaku, usahlah ayahanda berkata begitu. Sebenarnya anakanda sudah selesai menamatkan pengajian anakanda bersama Tok Kelana dalam bidang kesaktian pedang. Tok Kelana pun sebenarnya begitu memaksa anakanda pulang segera untuk berjumpa ayahanda, anakanda dapat mengerti betapa mustahaknya hal ini kerana jarang sekali dia membenarkan penuntutnya menggunakkan khidmat Rajawali. Wahai ayahanda apakah gerangan yang terjadi,”

” Wahai anakku, esok sesudah fajar siddiq, pergilah kamu mudik ke hulu sungai Nadi ke negeri Mambang untuk bertemu dengan Naga Sakti dan juga kekandamu Puspa. Kami akan ke sana bersama Nadim”

Andika dan Nadim menoleh sesama sendiri dengan penuh tanda tanya.

“Nadim akan membantumu mengalahkan Naga Sakti”

Chapter 5

October 18, 2006

Sejarah lalu

” Nenda, betulkah abang Nadim akan menyelamatkan ibunda”

shhhh perlahankan suaramu wahai Cempaka, kan abang nadim sedang berehat tu, jangan ganggu dia”

Seorang budak perempuan kecil molek berambut perang bermata jeli mula mendekati Nadim. Dia seakan akan tertarik dengan perwatakan Nadim yang masih lagi dibuai mimpi indah.

” Abang Nadim bangunlah hari sudah siang, nenda bilang orang tidur pagi kawin lambat”

” Cempaka, nenda kata jangan ganggu”

” Wahai ibu tua, dimanakah sebenarnya patik ini?” Nadim mula membuka matanya yang berat. Cempaka terus melompat ke atas katil Nadim sambil memerhatikan muka Nadim dengan kehairanan. Dengan tersenyum senyum dia menghulurkan Nadim dengan sebiji buah yang berwarna hijau keemasan

“Wahai Abang Nadim, abang Nadim sakit kepala? Makanlah Buah 7 rasa ini. Cempaka ambil dari kebun nenda pagi tadi khas untuk abang Nadim supaya Abang Nadim lekas sembuh. Buah ini ada 7 rasa, Buah kegemaran saya” kata Cempaka sambil tersengih-sengih.

” Wahai orang muda benar kata Cempaka. Makanlah buah itu. Dengan izinNya sakit kepala tuan hamba akan hilang, selepas itu minumlah air tebu hijau ini. Ia akan menyegarkan badan yang letih dan lesu. Nenek akan ke ruang masak untuk membawa herba lain. Cempaka mari tolong nenda buatkan masakan utk abang Nadim.”

Nadim yang beransur-ansur pulih dari sakit kepalanya mula mengarap suasana sekelillingnya. Dia mula sadar betapa cantik dan indahnya permandangan dari bilik itu. Rumah itu seakan-akan bersemadi di kawasan yang cukup tinggi mengawan kerana dia dapati dari sana dia dapat melihat pemandangan bukit bukau menghijau dan juga permandangan muara Sungai Nadi yang tak pernah jemu menerima kunjungan kapal kapal yang berlabuh disitu. Dia dapati bahawa bilik itu dibina dari kayu yang dihiasai dengan ukiran ukiran seni lama yang unik dan mengkagumkan. Di bahagian luar bilik itu, terdapat satu ruang legar yang dibina khas bagi sesiapa yang ingin menikmati permandangan diluar dengan lebih jelas. Nadim yang begitu kagum dengan senibina rumah itu bangun dari tempat tidurnya menuju ke ruang itu untuk menghirup udara yang nyaman di luar.

“Sudah pulihkan sakitmu wahai Nadim” Nadim tersentak dalam lamunan. Dia terkejut orang yang baru sahaja masuk ke bilik itu adalah Tuan Yang Terutama.

” Wahai Nadim usahlah kau terkejut dengan kehadiranku, terlebih dahulu aku ingin meminta maaf diatas apa yang terjadi kepada mu tempoh hari” Tuan Yang Terutama terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Nadim.

“Wahai Tuan Yang Terutama, sebenarnya hamba tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya kepada hamba ini. Di waktu lepas hamba ini di kurung didalam penjara tapi hari ini hamba dilayan pula sebagai putera.Besar benar hajat hamba untuk mengetahu apa yang sebenarnya yang berlaku”

Tuan Yang Terutama menarik nafas panjang sambil merenung jauh ke langit biru. Angin bayu laut mula bertiup mengusik janggutnya yang kian dimamah usia. Bagaikan terlalu berat baginya utk membicarakan hal sebenarnya.

” Wahai Nadim, mulai sekarang anggaplah semua yang bakal terjadi padamu adalah suratan takdir. Wahai Nadim, biarlah aku berterus terang padamu. Semasa hulubalang hulubalang menangkapmu, mereka menyangka kamulah yang menceroboh masuk kedalam Maktaba Ansara untuk mencuri Wasiat Nilam Sari,”

“Wasiat Nilam Sari, apakah gerangannya Wasiat Nilam Sari itu,”

” Ya Wasiat Nilam Sari. Ia adalah warkah yang mencatat nama-nama pemilik dan waris kitab Nilam Sari,”

“Kitab Nilam Sari, bukankah itu kitab..”

Tuan Yang Terutama memandang Nadim dengan pandangan yang mengetarkan jiwa Nadim ” Nah sekarang kau mula mengerti kenapa aku terpaksa membawamu ke sini,”

” Aduhai Tuan Yang Terutama, air muara keruh dek banjir, lagi keruh fikiran hamba ini, hamba tidak mengerti, siapa yang mahu mencuri wasiat itu dan apa pula niat mereka berbuat demikian”

” Wahai Nadim, kamu tidak akan mengerti semua ini jika aku tidak khabarkan kepadamu sejarah kitab Nilam Sari itu. Dengarlah baik baik wahai Nadim.Kitab yang engkau warisi itu adalah kitab yang sangat mulia. Kitab itu adalah kitab yang sangat tua usianya,seusia lautan seusia angkasa, seusia daratan. Kitab ini terkenal dengan rahsia dan ilmu didalamnya yang terlalu banyak untuk diperkatakan. Sejarahnya bermula dengan sekumpulan cendiakawan dan ilmuan yang telah mengharung segala macam ujian dan cubaan dunia ini. Mereka ini digelar sebagai 5 Orang Tua.Mereka belajar segala macam rahsia dan ilmu di daratan lautan dan angkasa. Oleh kerana mereka tidak mahu khazanah yang mereka miliki itu hilang tanpa memberi manfaat kepada manusia lain, maka mereka telah semadikannya dalam satu kitab yang digelar kitab Nilam Sari,”

“Wahai Tuan Yang Terutama, patik sungguh takjub bila mendengar kisah kitab Nilam Sari itu,”

” Benar wahai Nadim kitab ini memang tersohor diseluruh dunia. Namun banyak manusia yang cuba mendapatkan apa yang terkandung didalam namum mereka semuanya telah tersesat dengannya,”

” Sesat? ”

” Ya, kerana ramai yang tak mengetahui kitab itu akan menjadi petunjuk kepada orang yang benar tapi kitab itu juga akan menyesatkan sesiapa ingin menggunakannya pada jalan yang salah.Kitab itu dicipta khas oleh Sang Penciptanya agar setiap tulisan yang tertera di dalam kitab itu akan berdasarkan apa niat si pemilik itu. Kalau benar niatnya benarlah tunjuk ajar dan pedoman kitab itu. Kalau salah niatnya, salahlah pedomannya. Setelah 5 Orang Tua itu mati, mereka mewariskan kitab itu pada pewaris pewaris mereka. Malangnya akibat tamak dan haloba 4 dari 5 kitab itu sudah tercemar kesuciannya dek dosa dosa pewaris-pewarisnya,”

” Dan sekarang ini terdapat hanya satu yang tinggal yang dikatakan benar benar suci, Namun ia suci kerana pewarisnya lah yang sebenarnya tidak tersirna dengan dosa. Dan sekarang ini setiap pewaris-pewaris kitab itu masing-masing mengatakan bahawa kitab yang mereka miliki adalah yang betul betul suci. Wahai Nadim, penceroboh yang masuk ke dalam Maktaba Ansara itu adalah segelintir manusia yang mahu menghapuskan kitab pihak lain kerana mereka menyangka kitab mereka adalah kitab yang betul. Kemungkinan penceroboh tempoh hari berhasrat untuk membuat perkara yang sama terhadapmu. Itulah sebabnya aku terpaksa menggunakkan kuasa saktiku menidurkan semua orang didalam Balai Seri agar penceroboh itu tidak tergolong dalam khalayak ramai yang menghadir perbicaraan tempoh hari,”

” Wahai Tuan Yang Terutama, oleh itu bagaimanakah hamba ingin tahu yang hamba ini waris yang betul betul mewarisi kitab yang benar benar suci,”

” Wahai Nadim, kitab yang engkau miliki itulah kitab yang benar,”

” Hamba tidak mengerti wahai Tuan Yang Terutama,”

” Ini kerana ayahmu Perkasa Sukma adalah satu-satunya manusia yang telah sampai ke Pintu Harapan,”

Tiba-tiba,Nadim terdengar angin kencang yang deras menerjah bumbung rumah itu. Nadim dapati satu bayang burung yang cukup besar melintas rumah itu. Sejurus selepas itu laksamana petala satu terus masuk ke bilik itu bersama sama tiga panglima yang lain.

” Tuan Yang Terutama, laksamana petala sepuluh sudah kembali dengan Rajawalinya, dan dia ada di gelanggang utama menunggu titah perintah Tuan Yang Terutama,”

Chapter 4

October 18, 2006

Tuan Yang Terutama

Orang ramai mula memenuhi ruang legar Balai Seri Kampung Senja Lama. Semakin lama semakin sesak dengan manusia. Ada yang tidak dapat meloloskan diri ke dalam hanya menjenguk jenguk dari luar menanti apa yang akan terjadi sebentar lagi.

” Hamba dengar penceroboh Maktaba Ansara sudah ditangkap” bisik salah seorang hadirin pada rakannya

” Benarkah begitu”

” Ya benar,katanya penceroboh itu berjaya masuk kedalam tempat penyimpanan rahsia agung didalam Maktaba itu. Dan dengarnya hulubalang hulubalang tidak mampu menghalang kuasa sakti penceroboh itu. Malah mereka terpaksa memanggil laksamana petala tiga untuk menghalangnya”

” Yang Mulia Tuan Yang Terutama masuk menghadap!” laung seorang hulubalang dengan suaranya yang getir begema ke seluruh ruang Balai Seri. Seorang tua berjubah putih dan bertongkat masuk dari pintu hadapan Balai seri sambil diikuti dengan tiga panglima yang tampak gagah dan berani. Orang tua itu terus mengambil tempat duduknya yang betul betul terletak di hujung ruang legar Balai Seri.

” Wahai Laksamana Petala Satu, benarkah akan apa yang aku dengar ini Bukankah aku sudah menyuruh kamu mengawasi kawasan itu dengan teliti?” Tuan Yang Terutama memberi isyarat kepada salah seorang panglimanya supaya mendekatinya.

Panglima yang berpakaian serba hitam mendekati Tuan Yang Terutama seraya berkata ” Benar wahai Tuan. Kami telah sedaya upaya menghalang penceroboh itu dari mencuri Wasiat Nilam Sari dari Maktaba Ansara namum kami hampir gagal. Penceroboh kali ini mempunyai kesaktian yang luar biasa.Kalau bukan kerana bantuan laksamana petala tiga sudah tentu Wasiat itu akan jatuh ke tangan penceroboh itu”

Tuan Yang terutama memandang panglima yang berpakaian serba biru yang tunduk memberi hormat setia padanya.

Dia menghela nafas yang panjang. Seakan rumit sekali masalah ini untuk di selesaikan. Balai Seri sunyi sepi menanti gerak geri Tuan Yang Terutama

” Beginilah wahai laksamana petala satu, kau serulah laksamana petala 10 pulang kemari. Arahkan dia pulang kerana ini titahku yang perlu disegerakan. Aku beranggapan musuh kita sekarang ini benar benar ingin merampas wasiat itu dengan sedaya upaya mereka. Aku khuatir mereka akan menghantar pendekar pendekar yang jauh lebih gagah lagi pada masa hadapan”

“Wahai Tuan Yang Terutama, titah tuan akan patik junjung”

” Wahai hulubalang sudah kamu tangkap penceroboh itu?”

“Ya Tuan mereka sudah kami kurung”

” Bawa mereka menghadap ku”

Beberapa hulubalang pergi keluar dewan dan kembali dengan dua orang yang terikat tangannya. Mereka terus di arah untuk duduk berteleku di hadapan Tuan Yang Terutama.

” Hai kamu berdua, siapakah gerangan kamu berdua dan apa tujuan kamu menceroboh Maktaba Ansara!?

” Wahai Tuan Yang Terutama, hamba tidak bersalah. Tidakkah Tuan kenal akan hamba ini. Hamba ini Malim Deraman, nelayan di dermaga Sungai Nadi. Hamba inilah yang selalu memberi hadiah pada kepada Tuan,”

” Wahai Malim Deraman, benarkah kau ini Malim Deraman, Malim Deraman yang menghadiahkanku dengan Kepah Tujuh Serangkai tempoh hari”

” Ya Ya benar sekali wahai Tuan Yang Terutama benar sekali, hamba sebenarnya tidak bersalah. Hamba yang inilah yang bersalah. Kalau tuan mahu menghukum, hukumlah hamba ini” Ujar Malim Deraman dengan bersungguh sambil menuding jarinya kearah Nadim.

Tuan Yang terutama menoleh kearah hulubulang2nya seraya berkata ” Wahai hulubalang2 ku adakah kamu pasti mereka inilah pencerobohnya. Aku kenal akan Malim Deraman sejak dahulu lagi ini kerana setiap kali hari ulang tahun ku dia akan datang ke rumah aku mempersembahkan hadiah hasil dari tangkapannya”

” Wahai Tuan Yang Terutama, ketika kami mengejar penceroboh itu, dia cuba melarikan diri ke dalam himpunan manusia di Dermaga Sungai Senja. Dan kami dapati Wasiat Nilam Sari itu ada di tangan hamba ini dan hamba ini sedang bertanyakan sesuatu pada dia. Oleh itu kerana takut kehilangan penceroboh itu kami menangkap kedua duanya sekali. Hei kamu berdua lebih baik kamu berkata benar sebelum padah menimpa mu,” bentak laksamana petala satu

” Wahai Tuan Yang Terutama, hamba cuma ingin bertanya dimanakah boleh hamba jumpai Naga Sakti kepada Malim Deraman kerana dia pulang bersama Sirip Naga Sakti bersama sama tangkapannya.”

” Apa, wahai anak muda apa tujuan kamu ingin bertemu Naga Sakti,”

” Hamba cuma mengikut perintah ayahanda hamba sahaja”

” Apa! Cepat khabarkan pada ku siapa kah nama ayah mu! Segera khabarkan pada ku” Tuan Yang Terutama terus bangun dari tempat duduknya. Tiga panglimanya terus menghunuskan keris dan mengeluarkan cahaya yang menyilau dari badan mereka.

” Perkasa Sukma”

” Cepat tutup segera semua pintu Balai Seri,” perintah Tuan Yang Terumata kepada Tiga Panglimanya. Dengan sekelip mata mereka terus hilang dari pandangan dan diikuti dengan dentuman-dentuman pintu.

” Siang tak pernah mendahului malam, malam tak pernah mendahului siang, ku seru debu dan angin jadi la ribut yang tak pernah sidang!!” Tuan Yang Terutama terus memukul tongkat nya ke tanah lalu semua hadirin yang ada disitu terjelepuk ke tanah. Yang sedar hanya tiga panglimanya yang setia menunggu di luar Balai

” Laksamana petala satu, bawa anak muda ini ke perkarangan rumahku. Dia dalam bahaya”

Chapter 3

October 18, 2006

Sirip Naga Sakti

Kesibukan di Dermaga Sungai Nadi memang dapat dilihat dari jauh. Semakin lama semakin ramai orang. Panas tengahari kian terasa. Hiruk pikuk manusia dan dengan sahutan sahutan dari penjual penjual yang cuba menarik pelanggan masing masing menambahkan lagi suasana hangat disana.

Sejak awal pagi lagi orang ramai akan berpusu-pusu untuk ke sana kerana selalunya para nelayan akan pulang membawa hasil tangkapan lautan yang masih segar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan-barangan lain seperti baju dan pinggan kaca. Malah ramai juga yang kesana untuk pergi ke luar negeri melalui laluan air. Sinonim dengan namanya, Sungai Nadi adalah antara nadi penggerak untuk negeri Pandan Sejati

” Maaf sila ketepi sila bagi laluan ”

Orang ramai mula ketepi memberi laluan kepada sekumpulan manusia yang baru turun dari jeti. Kelihatan beberapa orang datang menjinjing kayu panjang yang tergantung padanya suatu benda yang menyinar-menyinar. Sinaran itu menarik perhatian ramai penduduk disitu yang kagum dengan kecantikannya.

“Wahai Malim anak Kasim Deraman, apakah gerangan nya yang saudara tangkap ini. Sungguh cantik sekali malah sungguh harum sekali baunya”

Malim Deraman tersenyum lebar. Di rautnya jelas kelihatan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan.

” Inilah sirip Naga Sakti ” Sambil tangannya mengusap-mengusap sirip itu

” Maksudmu sirip sakti yang dapat menjadi kan tanah subur selama setahun?”

“Ya”

” Maksudmu sirip sakti yang dapat mengubat 1001 satu jenis penyakit?”

“Benar sekali wahai saudaraku”

” Aduhai Malim Deraman. Bertuah sungguhlah rezeki engkau hari ini. Tapi bagaimana engkau berjaya mendapatkannya”

“Wahai saudaraku, memang benar rezeki ku sungguh bertuah hari ini. Ketika hamba membelat ikan di muara sungai Nadi awal pagi tadi, hamba dapati suatu benda terdampar di atas permatang pasir. Dan hamba dapati suatu benda bersinar sinar yang sangat cantik sekali dipandang mata. Di saat itu hamba begitu pasti yang itu adalah sirip Naga Sakti”

“Inilah pertama kali hamba melihat sirip Naga Sakti wahai saudara Malim”

“Ya hamba pun sangat takjub dengan sirip ini. Entah sapa yang tahu betapa besarnya Naga itu kerana siripnya sahaja sudah sebesar 7 talam besar. Hanya tuhan sahaja yang tahu.Baiklah wahai saudara-saudaraku sekali izinkan aku beransur dulu. Aku ingin memotongnya dan akan ku persembahkan pada Tuan Yang Terutama kelak sebagai penghormatanku kepadanya.

” Nanti dulu wahai Malim Deraman, nanti dulu, izinkan hamba bertanya sesuatu” Nadim yang baru sampai terdengar perbualan Malim Deraman. Orang ramai mula bersurai. Malim Deraman mengarahkan anak anak buahnya membawa sirip itu ke pondoknya.

” Wahai orang muda, apakah gerangannya engkau memanggil namaku?”

” Wahai Malim Deraman, izinkan hamba bertanya sesuatu, adakah saudara tahu dimana diamnya Naga Sakti ini?”

” Wahai anak muda mengapa anak bertanya begitu”

“Aku ingin ke sana untuk menemui Naga Sakti”

“Apa, matahari bulan bintang dan bumi! wahai anak muda apakah benar kata katamu ini?

Tiba-tiba dari jauh Nadim melihat seorang pemuda lari kearah sambil diikuti dengan sekumpulan manusia

“Pencuri-pencuri!”

Pemuda itu mencampakkan sesuatu kepada Nadim dan terus lari entah kemana.

” Ha ini dia pencurinya tangkap dia sekarang!!”

Nadim diserbu oleh sekumpulan hulubalang hulubalang

bersambung

chapter 2

October 18, 2006

Kitab Tanpa Kalimah

“Ya inilah kitab yang bernama Nilam Sari. Kitab ini diamanatkan oleh ayahandamu untuk diberikan kepada mu wahai anakku”

“Wahai ibunda, apakah gerangannya semua ini. Ibunda seolah olah tahu yang anakanda akan pergi meninggalkan ibunda untuk merantau ke negara orang”

” Benar wahai anakanda. Ibu mu ini sudah lama mengetahui akan perkara ini. Sebenarnya ayahanda mu juga ketika hidup adalah jugak seorang pemgembara. Seluruh ceruk,seluruh danau dan negeri sudah di jelajahnya. Malah namanya terkenal di seluruh pelusuk dunia kerana kemahsyurannya. Dan khabarnya kitab ini dia diwariskan kepada nya ketika dia dalam perantauan sebelum dia meninggal dunia”

” Wahai ibunda, sungguh berat hati ini untuk meninggalkan ibunda, apakah ibunda tidak akan keseorangan kelak?”

” Anakandaku seperti yang ibunda katakan tadi, kita akan bertemu jua satu hari nanti. Tidah usahlah anakanda bermuram durja”

“Wahai ibunda anakanda masih tidak mengerti”

“Wahai anakanda tidak banyak perkara yang ibunda dapat khabarkan kepada anakanda sekarang ini. Adalah menjadi sunnah kepada setiap pemegang Nilam Sari untuk mengetahui rahsia rahsia alam sewaktu dia merantau. Anakanda akan mengerti semua ini setelah anakanda merantau kelak. Sudahlah wahai anakanda pergi lah merehatkan diri anakanda. Esok bersiap siaga lah untuk bertolak sebelum matahari sepenggalah ” pesan ibu Nadim lalu terus ke ruang tidurnya.

Keesokkan harinya, berangkat la Nadim dari negeri Kampung Senja Lama. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan ibunya namum semangatnya untuk merantau sudah tersemat kukuh di sanubarinya.

“Wahai anakanda sebelum anakanda pergi ke dermaga sungai Nadi pergilah melawat sebentar ke perkuburan ayahandamu di hujung kampung. Doakan kesejahteraan ayahanda mu bila kamu sampai disana”

“Baik wahai ibunda. Akan ku kotakan kata-kata mu”

” Dan seperkara lagi, ambillah cincin hijau ini dan simpanlah ia. Dengannya ibunda akan selalu bersama mu walaupun dimana jua”

Ibunya terus menghulurkan cincin itu kepada Nadim. Cincin itu sangat cantik dipandang mata. Setiap kali sinar matahari jatuh padanya, ia memancarkan sinar yang gemerlapan.

Setelah mencium tangan ibunya Nadim terus mengorak langkah ke hadapan, membawa semangatnya yang berkobar-kobar untuk mengembara.

Nadim sampai ke kubur ayahandanya di hujung kampung. Kubur itu nampak sungguh usang dan lama. Di sekelilingnya banyak pokok-pokok renek tumbuh disekitanya. Nadim mengambil keputusan untuk mengemasi kubur itu sebelum berangkat pergi.

Setelah bersusah payah membersihkan kawasan kubur itu, Nadim pun berehat di pokok cemara berhampiran dengan kubur itu. Lama kelamaan Nadim pun tertidur.

” Wahai Nadim anakku”

Suara yang cukup intim baginya terngiang ngiang di telinganya. Nadim menoleh ke arah suara itu lalu dia terperanjat kerana dia mendapati orang yang memakai jubah serba putih yang memanggilnya itu adalah ayahnya

“Ayahanda, benarkah ini ayahanda, Benarnya semua ini”

“Ya wahai anakanda. Ini lah ayahmu Perkasa Sukma. Wahai anakku, aku tahu yang kau akan merantau ke negara orang. Dan wahai anakku dengarlah dengarlah dengan hatimu, sesungguhnya kitab yang anakanda pegang itu adalah kitab yang sangat mulia”

” Benarkah wahai ayahanda”

” Ya benar, kitab itulah akan menjadi petunjuk bagi dalam pengembaraan mu ini wahai Nadim”

Nadim terus membuka kitab itu. Namun dia terperanjat kitab itu tidak mempunyai sebarang kalimah pun di dalamnya

” Wahai anakandaku, kitab ini kitab suci dan sesiapa yang berhajat untuk mengambil manfaat darinya perlulah mensucikan dirinya. Pergilah anakanda ke Danau Air Mata Naga Sakti di negeri Mambang di awan. Sucikanlah diri mu dengan air danau di sana. Nescaya kamu akan dapat melihat kalimah kalimah yang tertulis di dalam nya. Pergilah wahai anakanda pergilah berangkat sekarang”

” Ayahanda dimanakah gerangan nya tempat itu”

Dengan tiba tiba Nadim tersedar dari tidurnya. Dengan rasa takut dan gementar dia lekas lekas mengemas barangannya lalu terus menuju ke dermaga sungai Nadi

……………………………………………………………………………………………………

Dari jauh seorang ibu tua melihat pemuda itu semakin lama semakin sayup dari pandangan. Dia tersenyum dan melambaikan tanganya pada pemuda itu.

“Ibu kenapa ibunda merenung begitu lama pada kubur ayahanda itu” sahut seorang pemuda yang mendekatiknya dengan sebakul cendawan hutan

“Ah tidak ada apa apa wahai anakku, Sudah kah anakanda mengutip cendawan hutan buat hidangan malam ini”

” Ya ibu. Sudah ku kutip ”

” Ayuh kita pulang, Nadim”

Sekali lagi ibu itu menoleh ke kubur suaminya itu sambil berkata pada hatinya

” Selamat mengembara Nadim Pengembara Legenda Zaman”

chapter 1

October 18, 2006

Setiap pertemuan ada perpisahan

Tersebutlah kisah satu cerita di negeri Pandan Sejati, tinggal seorang pemuda bernama Nadim dan ibunya yang sudah lanjut usia. Mereka tinggal di ceruk negeri itu, walaupun jauh dari hiruk pikuk manusia namun hidup di sana sangat aman dan permai. Mereka menyara hidup mereka dengan bercucuk tanam dan menternak binatang binatang ternakan.

Ramai pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk negeri akan singgah di kampung itu. Ada yang membawa kain, ada yang membawa emas dan ada juga yang membawa perhiasan dan buah tangan. Ini kerana kampung itu menjadi tempat pertemuan sungai Seni dan Sungai Indah yang menjadi nadi utama kepada negeri Pandan Sejati. Setiap hujung bulan pasti akan ada rombongan-rombongan yang akan datang ke kampung itu untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kampung mereka digelar Kampung Senja Lama. Ini kerana kampung itu sungguh cantik dipandang mata terutama diwaktu senja. Senja dikampung itu agak lama berbanding di tempat lain. Setiap kali matahari akan terbenam, awan awan akan berhenti seketika memberi ruang kepada cahaya matahari utk menghiasi bumi, bintang-bintang akan mula kelihatan di ufuk barat dan bayu mula meniup memanjatkan doa selamat tinggal kepada hari yang berlalu. Suasana ini sungguh sinonim dengan penduduk disini. Suasana itu juga adalah tanda bahawa penduduk kampung itu akan pulang ke rumah masing-masing.

” Wahai ibu, sungguh cantik senja hari ini ” Kata Nadim kepada ibunya sambil merehatkan dirinya di beranda rumah setelah bersusah payah membanting tulang di bendang. Matanya terus merenung senja yang kian malap

” Wahai anakku, ibu dapati kau begitu lama merenung senja nan merah itu. Ibu dapati seolah olah ada sesuatu yang mengusik fikiranmu Katakan la wahai anakku apa yang mengganggu fikiran mu katakan lah,” kata di ibu sambil menghulurkan air teh kepada Nadim.

Nadim terus menyambut air teh itu lalu menghirupnya. Dia menghela nafasnya panjang sambil mengalihkan pandangannya pada ibunya.

” Wahai ibu, senja tadi,anakanda dapati, bintang kejora muncul di ufuk selatan. Dan anakanda mengetahui bahawa bintang kejora itu hanya akan muncul sekali dalam 1000 bulan. Sesungguhnya anakanda menyedari bahawa anakanda sudah mencecah usia dewasa dan sesungguhnya dalam hati anakanda , anakanda ingin benar merantau di negeri orang untuk menuntut ilmu dan meluaskan pandangan,” jelas Nadim.

” Wahai anakku, benarkah apa yang ibunda dengar ini. Adakah anakanda benar benar ingin merantau?

” Ya ibunda, sejak kecil lagi anakanda ingin merantau ke negara orang tapi.. ”

” Tapi apa dia wahai anakku?”

” Tapi anakanda keberatan utk meninggalkan ibunda keseorangan di sini” Nadim merasakan terlalu berat utk meluahkan setiap butir-butir kata itu.

Ibu Nadim terdiam. Tanpa berkata-kata apa dia terus ke belakang rumah lalu kembali dengan sesuatu ditangannya. Terbungkus rapi dengan kain merah, kemas dikat tali kuning

” Wahai anakku, jikalah itulah hajat mu, pergilah wahai anakku pergilah, Ibumu redha dengan pemergianmu. Ibumu mula mengerti bahawa sudah sampai masanya utk kamu pergi wahai anakku”

” Aduhai ibuku, anakanda benar benar memohon maaf di atas ketelanjuran anakanda. Tidaklah anakanda berniat untuk melukakan hati ibunda. Apalah erti hidup seorang anak menderhaka kepada ibunya” Nadim tunduk malu tak berani mengangkat kepala

” Wahai anakku, jika dizinkan tuhan kita akan bertemu disuatu masa dan suatu ketika. Sebenarnya ibu sudah mengetahui perkara ini dan ibu tahu anakanda akan berangkat pergi”

” Wahai ibuku anakanda tidak mengerti semua ini”

“Anakku, tidak perlulah anakanda tahu akan hal yang sebenarnya. Anakanda akan tahu juga akhirnya. Ibu hanya diamanatkan agar menyerahkan bungkusan ini kepada anakanda bilamana anakanda mempunyai niat utk merantau”

Ibunya menghulurkan bungkusan itu kepada Nadim. Nadim terus membuka bungkusan itu lalu didapatinya sebuah kitab lama.

” Wahai ibu, apakah semua ini”

” Wahai anakku, inilah kitab ayahandamu, Nilam Sari”

bersambung